Pages

Wednesday, November 21, 2012

Empat Langkah Mudah Banyakkan Susu




Salam Maal Hijrah semua readers dan followers...walaupun terlewat sikit nak ucapkan selamat tahun baru...hehee. Seperti lazim, bila masuk saja tahun baru, tak kisahlah tahun baru Hijrah mahupun Masihi, masing-masing pasti berlumba-lumba membuat azam tahun baru. Rata-rata ibu menyusu pasti berazam untuk menyusukan anak masing-masing sehingga sempurna umur 2 tahun betul tak? 

Sebelum tu, Ella nak tanya, suka tak kalau anda semua ada stok susu sebanyak  ni? seperti Puan Shima n pengguna2 shaklee yang lain tue.  Ella pun teruja n berazam untuk menyimpan stok susu seperti mereka. 

Ini baru sikit yang belum dipindahkan ke deep freezer sebab KEDUA-DUA deep freezernya penuh. Cuba bayangkan betapa banyak susu yang telah berjaya mommy ini kumpul???

Jadi kepada mommies yang ingin mengikut jejak langkah Puan Shima ini, di sini Ella nak kongsikan 4 langkah mudah banyakkan susu dengan Set Penyusuan Shaklee bagi membantu mommies-mommies sekalian memudahkan perjalanan penyusuan kalian selain mengumpul stok bagi tempoh penggunaan penyusuan 2 tahun tersebut.

Langkah #1 - Kosongkan payudara sekerap mungkin

Konsep asas penyusuan yang semua ibu menyusu WAJIB tahu iaitu supply vs demand ialah lagi kerap payudara dikosongkan, lagi banyak susu akan terhasil! Oleh itu, kalau nak susu anda jadi banyak, anda kenalah kerap menyusukan bayi anda. Dan jika bayi tiada bersama, pam sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali (walaupun pada awalnya hasil yang diperolehi mungkin sangat sedikit).

Buang tabiat malas khususnya nak bangun di tengah malam untuk menyusu mahupun untuk mengepam tu jejauh (ada segelintir ibu yang lebih suka mengambil jalan mudah memberikan anak susu formula kerana ianya turut boleh dilakukan oleh si suami manakala si ibu boleh sambung tidur). 

Sebaliknya, tingkatkan masa dan tempoh penyusuan anda sekiranya anak anda berkehendakan begitu. Kalau anak tidur, jangan culas untuk kejutkannya menyusu atau kalau anak tak bangun juga, pam dan simpan susu perahan tersebut sebagai stok. 

Dan jika anda seorang ibu bekerja dan sibuk dengan tugasan di pejabat, cuba sedaya upaya untuk mencari masa bagi mengepam. Sedarkah anda bahawa amalan mengepam walaupun selama 5 minit adalah lebih baik daripada tidak pam langsung. Apabila kita mengepam dan berusaha untuk mengosongkan payudara, otak akan mendapat isyarat bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan.

Sementara itu, jika anda berkesempatan untuk mengepam dengan lebih lama, saya sarankan untuk anda teruskan pengepaman selama tambahan 5-10 minit lagi walaupun ianya sekadar pam angin. Ini penting untuk memberi stimulasi tambahan agar lebih banyak susu dapat dihasilkan. Dan jangan terkejut ya mommies, sekiranya selepas 5 minit anda mengepam angin, tidak mustahil yang anda akan masih mendapat beberapa oz tambahan apabila  mencapai LDR buat kali keduanya. 

Langkah #2 - Minum air sekurang-kurangnya 3-4 liter SETIAP HARI

Susu ibu itu sendiri adalah dalam bentuk cecair. Jadi kalau anda tak minum air secukupnya, macam mana nak hasilkan susu? Sedangkan badan kita juga perlukan air secukupnya untuk berfungsi dengan normal. Nak pula anda turut mengamalkan pengambilan supplement Shaklee. Tanpa air yang mencukupi, zat dan nutrien yang memasuki badan anda tidak dapat dilarutkan dengan sempurna. 

Akibatnya, sia-sia saja anda makan pelbagai jenis supplement tapi macam mana badan nak serap zat dan nutrien tersebut? Lagi pun, kalau setakat minum 2-3 gelas air sehari, lupakan saja impian nak memenuhkan freezer dirumah anda dengan EBM. Dan saya juga tidak mahu mendengar alasan nanti kena selalu pergi ke toilet. Kerana orang yang betul-betul nak berjaya tak akan memberi sebarang alasan. Pendek kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Langkah #3 - Ambil supplement Shaklee mengikut jadual yang betul 

Bila kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan, ianya perlulah dilakukan dengan tertib dan dengan cara yang betul bagi menampakkan hasil yang positif. Mengambil supplement Shaklee juga tak terkecuali. Kalau anda main telan je kesemua supplement dalam set penyusuan tu sekaligus, memanglah susah nak nampak hasil yang positif sebab ada sesetengah supplement tidak boleh diambil bersama sebagai contoh vitalea dan ostematrix kerana ianya akan mengganggu penyerapan zat besi dalam vitalea.  

Tambahan lagi, supplement ini bukannya ubat. Makan pagi, tengah hari dah baik. Oh salah tu mommies. Sebaliknya, ianya memerlukan masa untuk serasi selain bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan kita. Lagi pun, setiap individukan berbeza antara satu sama lain. Jadi sudah tentu penerimaan badan kita juga akan turut berbeza.  

Sebab itulah ada sesetengah mommies, baru sehari dua amalkan ESP, payudara dah mula membengkak dengan jayanya sampai habis basah lencun baju. Manakala tidak kurang juga yang memerlukan sehingga seminggu baru hasil yang diingini berjaya diperolehi. Dalam konteks ini, sabar amatlah penting. Jangan terlalu cepat menuding jari terhadap supplement seandainya anda mengambil masa yang lebih lama untuk menampakkan hasil.

Di sini saya ingin tekankan kepentingan anda membeli supplement Shaklee dari pengedar yang betul-betul bertanggungjawab dan berilmu agar konsultasi dan khidmat nasihat selain jadual pemakanan yang betul dapat diberikan. 

Suka saya ingatkan juga, pengambilan supplement ini seharusnya dibuat secara konsisten dan istiqomah ya mommies. Kalau macam chipsmores sekejap makan sekejap tak, minta maaf, minta ampunlah, memang susah nak nampak keberkesanannya nanti.

Langkah #4 - Dekatkan diri kepada Allah kerana Dia Maha Pemberi Rezeki

Kalau kita sering lupakan Allah, tak lakukan perkara-perkara yang dituntut, endah tak endah bab solat, agak-agak Dia ingat tak pada kita? Bila mana Allah lupakan hamba-Nya, secara logiknya, adakah Dia akan memberi nikmat berganda dan melimpah ruah kepada kita? Oleh itu, dekatkanlah diri kepada-Nya. Banyakkan berzikir, berdoa, bersedekah dan yakinlah pada-Nya kerana Dia sebaik-baik pemberi rezeki.

Jadi kepada mommies yang telah mendapatkan Set Penyusuan Shaklee anda, pastikan anda amalkan keempat-empat langkah ini ya. Insya-Allah anda pasti akan gembira dan berpuas hati dengan apa yang bakal anda perolehi. 

Dan jika ada yang mempunyai sebarang masalah penyusuan dan memerlukan bantuan dan konsultasi, feel free to contact me. Tapi maaf ya mommies, perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan-pelanggan Ella sahaja.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mahupun ingin membuat pesanan terhadap mana-mana set penyusuan atau produk Shaklee yang lain, add saya di FB - Ella Suhaila untuk kita berchatting secara terus ya.

Dan jika anda inginkan respon yang pantas, hubungi saya melalui SMS/Call di talian 013-6063136. Jangan lupa juga untuk klik "LIKE" pada fanpage FB saya di http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik & http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory
bagi mendapatkan info dan update terkini yang menarik! 

Alternatifnya anda juga boleh pergi terus ke mana-mana branch Shaklee dan membuat pembelian menggunakan Shaklee ID Ella 874812 untuk menikmati harga ahli dengan potongan harga antara 15%-20%.

Disclaimer
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases   
* Testimoni ini adalah daripada pengalaman pengguna sendiri dan hasil setiap pengguna mungkin berbeza.

No comments:

Post a Comment