Testimoni Pengguna Shaklee
Bekas
yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu
ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
- Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
- Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
- Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
- Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed
Breast Milk (EBM)
Panduan
asas penyimpanan susu ibu:
- bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
- catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
- simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
- jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
- jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat
Tambahan
(berdasarkan
soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu
yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika
ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack
yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah
hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah
pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah
(sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan
membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan
(kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak
boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika
susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi
dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah
perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu
perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer)
jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5
susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku
untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu
perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat
proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu
formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding),
susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi
keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu
perahan yang telah disuamkan, mestilah dihabiskan dalam masa 1 jam.
Sumber:
Le Leche League
[ http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory, http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik n http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Collection4uu ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]
HP [ 013-6063136 ]
suhaila926@gmail.com
Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]
HP [ 013-6063136 ]
suhaila926@gmail.com



No comments:
Post a Comment