Hari ni Ella nak kongsi sama2 KAEDAH mencairkan susu ibu
yang disimpan didalam peti sejuk. 'Tersangat' lah penting untuk kita
ketahui satu persatu kerana jika salah kaedahnya, boleh memusnahkan
enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu.
1. Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2. Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair.
* Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula.
Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa
menurunkannya daripada bahagian sejuk beku). Jadi, kenal pasti keperluan
bayi supaya tak membazir ^_^
* JANGAN cairkan frozen EBM pada suhu bilik.
3. Lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip sehingga susu tadi cair.
4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air suam (campuran 50-50 air mendidih n air paip).
*Susu yang telah disuamkan ini pula mesti dihabiskan dalam masa 1 jam.
JANGAN panaskan/didihkan EBM di atas api serta dalam ketuhar
suhu dan jangkamasa ketahanan EBM adalah berkadar songsang.
Semakin rendah suhu EBM, maka semakin tinggi ketahanan susu tersebut.
Semakin tinggi suhu EBM ini, maka semakin rendahlah jangkamasa
ketahanan EBM.
EBM yang dibekukan akan menghasilkan 2 lapisan cecair (ia adalah normal dan BUKAN basi).
Setelah
dicairkan dan disuamkan, susu hendaklah digoyang perlahan-lahan sahaja.
Elakkan daripada menggoncang susu tersebut.
" Jadikan BF@penyusuan ini sesuatu yang menyeronokkan, tidak stress
dan sentiasalah berfikir positif. Rangsang
bayi anda dengan pelukan, sentuhan lembut, berkomunikasi dan berikan
banyak senyuman. Sesudah minum, jangan lupa BURP kan baby anda."
[ http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory, http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik n http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Collection4uu ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]
HP [ 013-6063136 ]
suhaila926@gmail.com
No comments:
Post a Comment