Pages

Friday, November 23, 2012

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SUSU IBU TERHADAP BAYI



Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",


Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik iaitu susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan 
Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu .

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.


Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
Mudah dihadamkan
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.
Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.
Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.
Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!
Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.
Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenangkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.
RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

 

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.

Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

 

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

 

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

 

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

 

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

 

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

 

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

 

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

 

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

 

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman




  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-606 3136 atau add FB saya Ella Suhaila. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian akan diberikan.

Jangan Goncang Susu Ibu: Apa yang semua ibu menyusu perlu tahu



Gambar sekadar hiasan

Terlalu banyak perkara baru yang perlu Ella pelajari berhubung penyusuan susu ibu. Misi penyusuan buat my baby secara ekslusif 6 bulan bakal berakhir pada 7 December 2012 dan 8hb nt genapla  my baby Nurzafirah Al Zahra 6 bulan. Insyaallah akan diteruskan sehingga 2 tahun.Semoga dipermudahkan..

Di dalam keghairahan mengumpul ilmu penyusuan, melalui info2 yang Ella dapat melalui internet, adalah didapati terdapat beberapa perkara yang kurang mendapat perhatian di kalangan ibu-ibu menyusu khususnya yang masih baru seperti saya mahupun yang sudah layak digelar otai. Antaranya adalah mengenai nursing strike dan juga mengenai cara menguruskan susu perahan dengan betul.

Ok ... berbalik kepada pengurusan susu perahan, apa yang ingin Ella highlightkan dan disharekan di sini adalah tentang PENTINGNYA supaya susu perahan tersebut TIDAK DIGONCANG dengan kuat. Sebaliknya memadai DIGOYANG MANJA atau "swirl" dengan PERLAHAN apabila ingin menyebatikan semula campuran lemak dan air yang terpisah apabila disimpan buat satu jangkamasa di dalam peti.

Rasional dan penjelasan kenapa susu perahan ibu tidak boleh digoncang dengan kuat adalah seperti nukilan seorang pakar laktasi yang saya petik seperti dibawah:

"Why not?
Because shaking expressed mothers' milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces - the amino acids - the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.
Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested.
Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells.
With mother's milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells.
So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It's far more than perfect food for babies - it's a living tissue and protective shield too."


Oleh yang demikian, pesanan Ella buat para-para ibu ... silalah ambil maklum tentang perkara ini agar nutrisi yang dibekalkan melalui susu ibu sampai kepada anak-anak kita dalam keadaan yang sempurna.
Silalah juga sampaikan pesanan ini kepada individu-individu yang menjaga anak-anak kita be it baby sitter, nursery, bibik, mak, MIL atau sesiapa sahaja yang kita letakkan kepercayaan untuk menjaga si manja kita.
Hormatilah susu ibu sebagaimana kita menghormati sesebuah entiti yang bernyawa.

sharing.is.caring

Wednesday, November 21, 2012

Empat Langkah Mudah Banyakkan Susu




Salam Maal Hijrah semua readers dan followers...walaupun terlewat sikit nak ucapkan selamat tahun baru...hehee. Seperti lazim, bila masuk saja tahun baru, tak kisahlah tahun baru Hijrah mahupun Masihi, masing-masing pasti berlumba-lumba membuat azam tahun baru. Rata-rata ibu menyusu pasti berazam untuk menyusukan anak masing-masing sehingga sempurna umur 2 tahun betul tak? 

Sebelum tu, Ella nak tanya, suka tak kalau anda semua ada stok susu sebanyak  ni? seperti Puan Shima n pengguna2 shaklee yang lain tue.  Ella pun teruja n berazam untuk menyimpan stok susu seperti mereka. 

Ini baru sikit yang belum dipindahkan ke deep freezer sebab KEDUA-DUA deep freezernya penuh. Cuba bayangkan betapa banyak susu yang telah berjaya mommy ini kumpul???

Jadi kepada mommies yang ingin mengikut jejak langkah Puan Shima ini, di sini Ella nak kongsikan 4 langkah mudah banyakkan susu dengan Set Penyusuan Shaklee bagi membantu mommies-mommies sekalian memudahkan perjalanan penyusuan kalian selain mengumpul stok bagi tempoh penggunaan penyusuan 2 tahun tersebut.

Langkah #1 - Kosongkan payudara sekerap mungkin

Konsep asas penyusuan yang semua ibu menyusu WAJIB tahu iaitu supply vs demand ialah lagi kerap payudara dikosongkan, lagi banyak susu akan terhasil! Oleh itu, kalau nak susu anda jadi banyak, anda kenalah kerap menyusukan bayi anda. Dan jika bayi tiada bersama, pam sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali (walaupun pada awalnya hasil yang diperolehi mungkin sangat sedikit).

Buang tabiat malas khususnya nak bangun di tengah malam untuk menyusu mahupun untuk mengepam tu jejauh (ada segelintir ibu yang lebih suka mengambil jalan mudah memberikan anak susu formula kerana ianya turut boleh dilakukan oleh si suami manakala si ibu boleh sambung tidur). 

Sebaliknya, tingkatkan masa dan tempoh penyusuan anda sekiranya anak anda berkehendakan begitu. Kalau anak tidur, jangan culas untuk kejutkannya menyusu atau kalau anak tak bangun juga, pam dan simpan susu perahan tersebut sebagai stok. 

Dan jika anda seorang ibu bekerja dan sibuk dengan tugasan di pejabat, cuba sedaya upaya untuk mencari masa bagi mengepam. Sedarkah anda bahawa amalan mengepam walaupun selama 5 minit adalah lebih baik daripada tidak pam langsung. Apabila kita mengepam dan berusaha untuk mengosongkan payudara, otak akan mendapat isyarat bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan.

Sementara itu, jika anda berkesempatan untuk mengepam dengan lebih lama, saya sarankan untuk anda teruskan pengepaman selama tambahan 5-10 minit lagi walaupun ianya sekadar pam angin. Ini penting untuk memberi stimulasi tambahan agar lebih banyak susu dapat dihasilkan. Dan jangan terkejut ya mommies, sekiranya selepas 5 minit anda mengepam angin, tidak mustahil yang anda akan masih mendapat beberapa oz tambahan apabila  mencapai LDR buat kali keduanya. 

Langkah #2 - Minum air sekurang-kurangnya 3-4 liter SETIAP HARI

Susu ibu itu sendiri adalah dalam bentuk cecair. Jadi kalau anda tak minum air secukupnya, macam mana nak hasilkan susu? Sedangkan badan kita juga perlukan air secukupnya untuk berfungsi dengan normal. Nak pula anda turut mengamalkan pengambilan supplement Shaklee. Tanpa air yang mencukupi, zat dan nutrien yang memasuki badan anda tidak dapat dilarutkan dengan sempurna. 

Akibatnya, sia-sia saja anda makan pelbagai jenis supplement tapi macam mana badan nak serap zat dan nutrien tersebut? Lagi pun, kalau setakat minum 2-3 gelas air sehari, lupakan saja impian nak memenuhkan freezer dirumah anda dengan EBM. Dan saya juga tidak mahu mendengar alasan nanti kena selalu pergi ke toilet. Kerana orang yang betul-betul nak berjaya tak akan memberi sebarang alasan. Pendek kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Langkah #3 - Ambil supplement Shaklee mengikut jadual yang betul 

Bila kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan, ianya perlulah dilakukan dengan tertib dan dengan cara yang betul bagi menampakkan hasil yang positif. Mengambil supplement Shaklee juga tak terkecuali. Kalau anda main telan je kesemua supplement dalam set penyusuan tu sekaligus, memanglah susah nak nampak hasil yang positif sebab ada sesetengah supplement tidak boleh diambil bersama sebagai contoh vitalea dan ostematrix kerana ianya akan mengganggu penyerapan zat besi dalam vitalea.  

Tambahan lagi, supplement ini bukannya ubat. Makan pagi, tengah hari dah baik. Oh salah tu mommies. Sebaliknya, ianya memerlukan masa untuk serasi selain bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan kita. Lagi pun, setiap individukan berbeza antara satu sama lain. Jadi sudah tentu penerimaan badan kita juga akan turut berbeza.  

Sebab itulah ada sesetengah mommies, baru sehari dua amalkan ESP, payudara dah mula membengkak dengan jayanya sampai habis basah lencun baju. Manakala tidak kurang juga yang memerlukan sehingga seminggu baru hasil yang diingini berjaya diperolehi. Dalam konteks ini, sabar amatlah penting. Jangan terlalu cepat menuding jari terhadap supplement seandainya anda mengambil masa yang lebih lama untuk menampakkan hasil.

Di sini saya ingin tekankan kepentingan anda membeli supplement Shaklee dari pengedar yang betul-betul bertanggungjawab dan berilmu agar konsultasi dan khidmat nasihat selain jadual pemakanan yang betul dapat diberikan. 

Suka saya ingatkan juga, pengambilan supplement ini seharusnya dibuat secara konsisten dan istiqomah ya mommies. Kalau macam chipsmores sekejap makan sekejap tak, minta maaf, minta ampunlah, memang susah nak nampak keberkesanannya nanti.

Langkah #4 - Dekatkan diri kepada Allah kerana Dia Maha Pemberi Rezeki

Kalau kita sering lupakan Allah, tak lakukan perkara-perkara yang dituntut, endah tak endah bab solat, agak-agak Dia ingat tak pada kita? Bila mana Allah lupakan hamba-Nya, secara logiknya, adakah Dia akan memberi nikmat berganda dan melimpah ruah kepada kita? Oleh itu, dekatkanlah diri kepada-Nya. Banyakkan berzikir, berdoa, bersedekah dan yakinlah pada-Nya kerana Dia sebaik-baik pemberi rezeki.

Jadi kepada mommies yang telah mendapatkan Set Penyusuan Shaklee anda, pastikan anda amalkan keempat-empat langkah ini ya. Insya-Allah anda pasti akan gembira dan berpuas hati dengan apa yang bakal anda perolehi. 

Dan jika ada yang mempunyai sebarang masalah penyusuan dan memerlukan bantuan dan konsultasi, feel free to contact me. Tapi maaf ya mommies, perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan-pelanggan Ella sahaja.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mahupun ingin membuat pesanan terhadap mana-mana set penyusuan atau produk Shaklee yang lain, add saya di FB - Ella Suhaila untuk kita berchatting secara terus ya.

Dan jika anda inginkan respon yang pantas, hubungi saya melalui SMS/Call di talian 013-6063136. Jangan lupa juga untuk klik "LIKE" pada fanpage FB saya di http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik & http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory
bagi mendapatkan info dan update terkini yang menarik! 

Alternatifnya anda juga boleh pergi terus ke mana-mana branch Shaklee dan membuat pembelian menggunakan Shaklee ID Ella 874812 untuk menikmati harga ahli dengan potongan harga antara 15%-20%.

Disclaimer
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases   
* Testimoni ini adalah daripada pengalaman pengguna sendiri dan hasil setiap pengguna mungkin berbeza.

Thursday, November 1, 2012

Kurang Susu, Letih, Stress, lenguh, kusam....

Semakin ramai yang risau susu merudum. Masalah ini timbul disebabkan oleh stress, penat, berfikiran negatif( selalu berfikir susu badan dah kurang,merudum),  jadual pam tidak teratur, period, pengambilan antibiotic, diet harian tak seimbang ect.

Dalam penyusuan, nutrien amat penting kepada bayi. Tetapi mesti ingat..semua kebaikan nutrien datang drpd si ibu..sekiranya diet harian tak seimbang, tambahan pula selalu stress dan letih, bukan sahaja susu akan merudum, malah kesihatan ibu juga boleh terjejas. Berkorban biarlah berpada kerana jika si ibu sakit, bagaimana hendak menjaga bayi anugerah Ilahi dengan sebaik mungkin.

Di sinilah pentingnya  pengambilan supplemen bagi membantu si ibu kembali cergas dan sihat dari segi fizikal dan mental. Mesti diingat, vitamin@supplemen bukan menambahkan/banyakkan susu. Tetapi ia membantu secara tak langsung untuk membanyakkan susu ibu  beserta prinsip2 asas lain diamalkan. Seperti kekerapan pam at least 3 jam sekali dengan jadual yang konsisten dan kekerapan direct feeding dan doa yang tidak putus2 kepada Allah, barulah susu akan terhasil dengan banyak.

Supplemen Shaklee bukan sekadar milk booster,malah ia mencakupi pelbagai aspek kesihatan seperti system saraf, system peredaran darah, system perkumuhan dan sebaginya. It repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda.

Antara supplemen/vitamin yang diambil oleh ramai ibu2 menyusu termasuk Ella sendiri adalah :

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi :  ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah sintetik/kimia.

Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk.

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan/menggalakkan penghasilan susu ibu.

Kalsium@ Ostematrix : Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
 
Tahukah anda, kekurangan kalsium mengakibatkan badan kita akan mengambil kalsium dari tulang dan gigi untuk kegunaan badan.. Sebab itu ramai ibu yang menyusu akan mengadu sakit gigi, sendi, lenguh2, sakit pinggang, osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Jika anda perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.
ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. 

Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi, disebabkan iron, caffein, protein berlebihan. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Pengambilan suplemen adalah salah satu usaha dalam menjaga kesihatan ke arah yg lebih baik. Tiada paksaan untuk membeli sebarang suplemen kerana anda ada hak sebagai pengguna. Terpulang kepada kita jika kita tidak mahu mengambil sebarang suplemen. Tetapi pastikan kita mampu menyediakan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan dan pemakanan harian .

bak kata sahabat .... " tak naklah nanti kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari umur, tak bermaya, lesu…dan banyak lagi…"
-perkongsian bersama-   

“Penyusuan susu ibu merupakan tanggungjawab yg sangat besar dan tidak semudah yang disangka. Setimpal dengan ganjaran dan janji Allah  kepada ibu-ibu menyusu.”



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

   [ http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory, http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik n http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Collection4uu ] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]
HP [ 013-6063136 ]
suhaila926@gmail.com

BF : Mencairkan EBM yg Disejukan/Dibekukan

Hari ni Ella nak kongsi sama2 KAEDAH mencairkan susu ibu yang disimpan didalam peti sejuk. 'Tersangat' lah penting untuk kita ketahui satu persatu kerana jika salah kaedahnya, boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu.

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair.
* Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku). Jadi, kenal pasti keperluan bayi supaya tak membazir ^_^
* JANGAN cairkan frozen EBM pada suhu bilik.

3.  Lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip sehingga susu tadi cair.
4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air suam (campuran 50-50 air mendidih n air paip).
*Susu yang telah disuamkan ini pula mesti dihabiskan dalam masa 1 jam.


JANGAN panaskan/didihkan EBM di atas api serta dalam ketuhar

suhu dan jangkamasa ketahanan EBM adalah berkadar songsang. 
Semakin rendah suhu EBM, maka semakin tinggi ketahanan susu tersebut.
Semakin tinggi suhu EBM ini, maka semakin rendahlah jangkamasa ketahanan EBM.

EBM yang dibekukan akan menghasilkan 2 lapisan cecair (ia adalah normal dan BUKAN basi).
Setelah dicairkan dan disuamkan, susu hendaklah digoyang perlahan-lahan sahaja.
Elakkan daripada menggoncang susu tersebut.




" Jadikan BF@penyusuan ini sesuatu yang menyeronokkan, tidak stress dan sentiasalah berfikir positif. Rangsang bayi anda dengan pelukan, sentuhan lembut, berkomunikasi dan berikan banyak senyuman. Sesudah minum, jangan lupa BURP kan baby anda."


  [ http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory, http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik n http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Collection4uu ] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]
HP [ 013-6063136 ]
suhaila926@gmail.com


BF : Cara Simpan Susu Ibu


 Testimoni Pengguna Shaklee

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
 Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah disuamkan, mestilah dihabiskan dalam masa 1 jam.
Sumber: Le Leche League

   [ http://www.facebook.com/MyBreastfeedingStory, http://www.facebook.com/VitaminSihatCantik n http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Collection4uu ] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]
HP [ 013-6063136 ]
suhaila926@gmail.com