Pages

Thursday, March 21, 2013

Tips Membanyakkan Susu Bersama Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni nak sharing2 sikit pasal ALFAFA SHAKLEE...wat kawan2 yang jenguk blogku nie yg dah tau pasal Alfafa Shaklee nie alhamdulillah....jom sharing2 kat sini pengalaman u all sepanjang tempoh mengambil alfafa nie yek. Mesti syok kan...tang syok tue sebab bila kite ambil Alfafa ni dapat bantu memperbanyakkan susu (milk booster) n bleh wat stok untuk baby2 kite kan: )
Alhamdulillah....

Oklah...Menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun adalah impian setiap ibu kan. Alfalfa Shaklee memang telah terbukti sebagai milk booster. Walau bagaimana pun, bagi mendapat hasil yang optimum, ibu-ibu wajib mengamalkan perkara-perkara berikut ye :


1) Mengosongkan payudara

Konsep asas bagi penyusuan yang berjaya ialah supply & demand. Maksudnya, bila payudara kita kerap kosong, otak akan mendapat signal bahawa supply sudah habis & ada demand untuk menghasilkan susu. Oleh itu, kalau payudara kita kerap kosong, otak juga akan kerap mengeluarkan signal supaya menghasilkan susu.


Payudara dikosongkan melalui dua cara: direct breastfeeding atau mengepam. Oleh itu bagi ibu yang bekerja, jangan culas untuk mengepam di pejabat.


2) Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Bila menyusukan bayi, memang kita akan kerap haus. Kalau perasan, bila kita kurang minum, susu pun akan berkurangan. Oleh itu, pastikan kita minum air yang secukupnya.


Tips untuk memastikan kita minum 3 liter air: masukkan air ke dalam botol 1.5 liter. pastikan kita habiskan 2 botol dalam sehari. Ini adalah cara yang saya buat.


3) Power pumping

Ramai ibu yang tak tahu power pumping ni apa. Power pumping ni tujuannya untuk boost up susu kita. Ianya boleh diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. macam saya, Semasa saya berpantang dulu,  saya buat setiap hari & alhamdulillah susu saya melimpah-ruah. 

Cara buat power pumping:


i) Pam payudara kanan selama sepuluh minit, kemudian pam sebelah kiri pula selama sepuluh minit. Ulang sampai sejam.


ii) Pam payudara kanan selama setengah jam, kemudian pam payudara kiri selama setengah jam.

iii) Untuk dual pam, boleh pam kedua-dua payudara sekali gus selama setengah jam.


Makin kerap kita buat power pumping, insya allah makin bertambah susu kita. 


4) Makan secukupnya

Menyusukan anak, memang membuatkan perut cepat lapar. Takpe, makan je bila lapar sebab kalau kita biarkan perut kosong, susu pun akan berkurangan. Sebab tu dalam islam, ibu yang menyusukan diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Jadi, ibu-ibu jangan terlalu fikirkan kalori ye.


5) Makanan yang menjadi milk booster

Ada beberapa jenis makanan yang memang telah terbukti mampu menjadi milk booster. Apakah makanan yang dimaksudkan? Saya akan kongsi di lain kali.


6) Makan supplemen yang menjadi milk booster

Di sini lah alfalfa memainkan peranan. Bila kita dah buat semua 5 perkara di atas, kita boleh ambil alfalfa sebagai pelengkap kepada 5 usaha kita tadi. Ambil 2 biji alfalfa selepas mengosongkan payudara, maksimum 10 biji sehari. 


7) Selalu berdoa kepada Allah supaya murahkan rezeki anak kita agar dapat menyusu sampai umur 2 tahun.
Lepas usaha, mestilah kita tawakal. Minta pada Allah, insya allah akan dimakbulkan. doa ibu tiada hijab di sisi Allah.


Insya Allah, kita semua mampu menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan & seterusnya menyusukan anak sampai berumur sekurang-kurangnya dua tahun.


Babyku Nurzafirah Al Zahra umurnya dah 9 bulan 12, Alhamdulillah...dapat  menyusukannya secara ekslusif selama 6 bulan & Insya Allah akan cuba untuk meyusukan nya sehingga dia yang wean off sendiri.






Berminat untuk mencuba Alfalfa Shaklee sebagai milk booster? atau pun anda mahu mencuba  breastfeeding set Shaklee? Boleh hubungi Ella ye :)


Jom dapatkannya hari ini!

Info Dan Pesanan :

H/P : 013-6063136 ~ Ella Suhaila
Shaklee Independent Distributor : 874812

No comments:

Post a Comment