Pages

Monday, March 4, 2013

~ Manfaat Menyusukan Anak Bagi Ibu







Alhamdulillah, nk syer skit manfaat menyusukan anak bagi Mommies2 termasuk Ella la ye...


• Menyusu boleh membantu wanita mengurangkan berat badan yang diperoleh sewaktu hamil.

• Membantu rahim kembali kepada saiz normal dengan lebih cepat

• Melindungi wanita dari kanser payudara kelak.

• Menyusu juga dapat mengurangkan risiko patah tulang pinggul dan kanser ovari kelak.

• Melindungi kesihatan ibu (mengurangkan pendarahan pasca melahirkan, mengurangkan risiko kanser payudara dan indung telur, mengurangkan anemia).

• Menjarakkan kehamilan seterusnya
- Menyusu merupakan cara kontrasepsi yang selamat, murah dan cukup berhasil. 98% tidak akan hamil pada 6 bulan pertama setelah melahirkan, dan 96% tidak akan hamil hingga bayi berusia 12 bulan selama ibu memberi air susu ibu eksklusif dan belum haid.

• Menjimat waktu (Depkes RI)

Utami Roesli menyebutkan manfaat lain menyusu bagi ibu iaitu :

• Mengurangkan pendarahan setelah melahirkan.
Kemungkinan terjadinya pendarahan setelah melahirkan (post partum) akan berkurangan apabila bayi disusukan segera setelah dilahirkan. Ibu yang menyusu akan mengalami peningkatan kadar oxytocin yang berguna untuk penguncupan atau penutupan pembuluh darah sehingga pendarahan akan lebih cepat berhenti.

• Menyusukan anak boleh menurunkan risiko pendarahan pasca melahirkan. Ini kerana meletakkan segera bayi pada payudara membantu pengeluaran plasenta, kerana hisapan bayi merangsang penguncupan rahim.

• Memberikan air susu ibu (dalam waktu 60 minit) membantu meningkatkan pengeluaran air susu ibu dan proses laktasi.

• Mencegah payudara bengkak dengan hisapan puting yang segera.

• Membantu mengurangkan beban kerja ibu kerana pemberian air susu ibu sudah tersedia bila dan di mana saja. Air susu ibu selalu bersih, sihat dan tersedia dalam suhu yang sesuai.

• Pemberian air susu ibu ekonomi dan murah. ( nie yg paling I suka...mmg sangat2 membantu ...... ahakkkkk)



Happy Breastfeeding! ^_^
Anda berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee? 
Jom Hubungiku sekarang!
SMS/Call @ 013-6063136 (Ella Suhaila)
Email: suhaila926@gmail.com
Shaklee ID: 874812

No comments:

Post a Comment