Tips Mudah Hamil
Kehamilan merupakan sesuatu proses yang mudah bagi sesetengah orang dan sukar bagi setengah yang lain.
Walaupun begitu, Allah S.W.T menjadikan setiap sesuatu itu bersebab dan ada SunnatullahNya. Jadi usaha yang BERTERUSAN dan BETUL diperlukan bagi memastikan kehamilan isteri.
Antara tips yang perlu diambil kira ialah:
- Kesihatan Suami – Suami hendaklah berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan sperma perlulah subur. Kesuburan sperma ini boleh berlaku secara semulajadi atau kadang-kadang boleh ditingkatkan dengan amalan pemakanan herba dan ubatan moden. Merokok juga boleh menjejaskan kesuburan sperma. Jadi, berhenti merokok buat seketika semasa tempoh subur isteri.
- Kesihatan Isteri – Kesihatan tubuh badan isteri juga menjadi faktor penentu. Tubuh yang sihat akan menghasilkan telur yang berkualiti. Kualiti telur ini boleh berlaku secara semulajadi dan juga boleh ditingkatkan dengan amalan makanan kesihatan seperti herba dan ubatan moden.
- Waktu Subur – Anda perlu kaji dan tahu bila waktu subur yang menghasilkan telur oleh isteri. Jika ragu-ragu, boleh tetapkan jangkamasa subur selama 3 hingga 5 hari untuk anda aktifkan aktiviti jimak.
- Posisi Seks – Antara posisi persetubuhan yang panas bagi mereka yang sukar hamil ialah masuk dari belakang.
- Kekerapan Seks – Faktor ini antara penentu kejayaan usaha anda. Lakukan hubungan suami isteri sekerap mungkin dalam waktu subur khusus untuk memastikan isteri anda hamil dan sperma anda sampai ke telur isteri. Kekerapan melakukan seks ini ada kaedah KHAS yang tidak sesuai didedahkan secara umum di sini memandangkan blog ini boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.
- Kerjasama – Usaha tanpa kerjasama erat, mesra dan utuh antara suami dan isteri boleh menggagalkan impian ini. Jadi pastikan anda dan pasangan mampu berkomunikasi, berbincang dan merancang dengan baik sepanjang tempoh kesuburan ini.
Walau semahal atau sehebat manapun ubat dan herba
yang digunakan untuk hamil tetapi tanpa disertakan usaha yang betul dan
mengharapkan 100% pada keberkesanan ubat maka sudah tentu hasilnya
ialah kegagalan.
Seperti tips yang ditunjukkan di atas, hanya 2 tip pertama sahaja
melibatkan pemakanan ubat/herba dan selebihnya ialah faktor perancangan
dan persefahaman antara suami isteri.
Yakinlah yang usaha berterusan, doa bersungguh-sungguh dan tawakkal
sepenuhnya kepada Pencipta akan menghasilkan keputusan positif di masa
hadapan.
No comments:
Post a Comment