Pages

Thursday, December 13, 2012

Sup Sayur Campur



MENU BERPANTANG

SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
50 gm suun
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Sedikit ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama ikan bilis.
2. Masukkan air bersama pati ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

* Jika ditambah halia lagi bagus semasa berpantang nie coz bole elak badan dari masuk angin. ada orang kata masa berpantang ni kena elakkan makanan berkuah ni tapi hakikatnya perlu bagi mengelakkan sembelit & membanyakkan susu badan.
* Alhamdulillah, masa berpantang ada mak ku yg tersayang menjaga dan menyediakan makanan semasa berpantang. Tq mak :))

No comments:

Post a Comment