Pages

Thursday, December 13, 2012

Sup Sayur Campur



MENU BERPANTANG

SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
50 gm suun
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Sedikit ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama ikan bilis.
2. Masukkan air bersama pati ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

* Jika ditambah halia lagi bagus semasa berpantang nie coz bole elak badan dari masuk angin. ada orang kata masa berpantang ni kena elakkan makanan berkuah ni tapi hakikatnya perlu bagi mengelakkan sembelit & membanyakkan susu badan.
* Alhamdulillah, masa berpantang ada mak ku yg tersayang menjaga dan menyediakan makanan semasa berpantang. Tq mak :))

STRESS DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Assalamualaikum...

Entry hr nie aku nak syer sikit berkaitan stress ye. Sb sekarang nie mmg aku tgh stress gak gan kerja2 kat ofis...sampai malas nak wat keje dah...layan blog lg bagus...heheee..sebenarnya bkn stress tapi penyakit M dah datang....hahaaa

Aku pun Search kat pakcik google pasal nak atasi stress nie...so nie hasil yang aku dapat....sudi2la membacanyanya yek :))


Kita sering dinasihati untuk jangan stress dalam kehidupan harian kita. Tidak kiralah jika anda seorang ibu menyusukan anak atau seorang lelaki yang perlu bekerja sehingga larut malam.. Stress akan memberi kesan pada kesihatan anda jika tidak mempunyai pemakanan yang cukup dan seimbang..

Stress merupakan satu keadaan dimana badan kita mengalami apa sahaja kerosakan, ini termasuklah kerosakan sel-sel atau sel mati.

Apabila kerosakan ini berlaku, maka perlulah ia diperbaiki. Jika gagal untuk membina semula sel-sel yang rosak akibat stress, badan kita akan mula sakit.. 


JENIS-JENIS STRESS

Terdapat 3 jenis stress:-
1) Jangka Pendek
2) Jangka Panjang (Berterusan)
3) Multiple Stress

KESAN-KESAN AKIBAT STRESS TERMASUKLAH:

Selera berkurangan
Muntah
Demam
Masalah Penghadaman
Pening-Pening
Kesakitan
Cirit birit
Kehilangan air dalam badan, zat-zat hilang melalui air kencing


APA YANG BERLAKU PADA BADAN APABILA STRESS

Apabila kita stress badan akan bertindak cara yang sama iaitu:-

Tubuh badan akan memberi signal pada kelenjar2 pitutuk menghasilkan hormon anti-stress dan ini menyebabkan tubuh badan untuk bersedia untuk sebarang kecemasan..




TIGA TAHAP STRESS DAN KESANNYA PADA TUBUH BADAN

TAHAP 1:- BERJAGA-JAGA (ALARM STAGE)

Apabila kita stress, tubuh badan akan mempersiapkan diri kita pada tahap berjaga-jaga (alarm stage). Tidak kesahlah penyebab stress tersebut adalah kita nak terjun dari kereta yang sedang bergerak, mahupun nak jumpa bos pada keesokkan hari untuk minta naik gaji... Apa yang sebenarnya berlaku adalah tenaga, garam dalam badan, zat galian di persiapkan untuk bersedia menentang sebarang keadaan yang akan diharungi.

Antara perkara yang berlaku adalah:-
  • Protin diambil dari kelenjar thymus + Lymph untuk mendapatkan gula
  • Tekanan darah meningkat
  • Zat galian diambil dari lutut
  • Lemak digerakkan dari tempat simpanan
  • Lebih banyak garam disimpan
  • dan lain-lain lagi

TAHAP 2 - BERTAHAN (RESISTANCE)

Tahap bertahan adalah keadaan dimana banyak sangat stress yang berlaku, satu demi satu crisis timbul, masalah tak habis-habis selesai. Disini tubuh badan terpaksa terus bertahan dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga pada suatu jangka masa yang lama. Tubuh badan tidak mempunyai masa untuk kembali kepada keadaan yang relax. 

Satu contoh keadaan stress tahap 2 adalah:-

Seorang ibu, Alice, 30 tahun, yang merasa tertekan kerana terdapat perubahan pada tempat kerjanya, yang mungkin akan menyebabkan dia dibuang kerja. Pada masa yang sama anaknya disekolah mempunyai masalah sosial. Ibunya pula baru mengalami kecederaan dan perlu seseorang untuk menjaganya. Dan Ibunya lebih suka jika Alice menjaganya. Dan ini telah berlaku sejak dulu lagi dimana ibunya sering minta bantuan Alice berbanding dengan kakaknya yang lain. Dan Alice cuba untuk membantu sebanyak yang boleh sehingga dia sendiri terasa terperangkap...

Jika keadaan seperti ini berlarutan, tubuh badan sentiasa cuba untuk memperbaiki kerosakkan dengan menggunakan nutrien dalam tubuh badan. Sekiranya kita mempunyai diet harian yang cukup untuk membekalkan nutrien ini, maka tubuh badan dapat bertahan. Tetapi apabila pemakanan dan nutrien simpanan kita tidak mencukupi untuk menampung kerosakan maka kita akan masuk ke tahap ketiga.


TAHAP 3 - KELETIHAN/KELESUAN (EXHAUSTION)

Apabila keadaan stress tidak pulih dan tubuh badan tidak kembali ke tahap seimbang, akhirnya anda akan keletihan. Kegagalan baikpulih akan menyebabkan penyakit mulai datang. Otak akan kehabisan tenaga untuk bergerak. Tubuh badan yang keletihan sudah tentu tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Ini adalah beberapa perkara yang berlaku pada tahap ini:-

  • Stress berpanjangan menyebabkan protin diambil  dari darah, hati, buah pinggang dan lain-lain bahagian badan.
  • Asid dalam perut mula meningkat
  • Akibat kerosakkan protin, selaput usus akan terhakis dan boleh mengakibatkan ulser usus
  • Tulang menjadi lemah kerana kehilangan Kalsium.

Hanya satu sahaja ubat untuk keletihan iaitu berehat dan tidur. Pada masa ini tubuh badan akan di baik pulih dengan segala nutrien dalam tubuh badan kita...

Sebab itulah penting untuk mendapatkan makanan yang seimbang dan cukup setiap hari.. Pencegahan adalah wajib bagi mereka yang sering stress...

Apakah supplement yang penting jika anda sering stress?? Semua supplement akan memberi manfaat.. Namun yang paling minimum sudah tentulah Set Family Wellness...

Jika anda antara yang sering stress dalam kehidupan harian, fikirkanlah untuk mengambil supplement sebagai makanan tambahan..  Apalagi jika anda seorang ibu yang menyusukan anak........

So, jika anda berminat nak dapatkan supplement untuk membantu mengatasi stress dengan budget anda.....hubungi saya segera k :)


* Cadangan Vitamin untuk masalah stress?



Multivitamin, B Complex, Vitamin C, Kalsium dan Energyzing Soy Protein. 

Paling minimum, B Complex, Kalsium dan Multivitamin.





Shaklee Independent Distributor [ID No : 874812]

HP [ 013-6063136 ] 

suhaila926@gmail.com








Wednesday, December 12, 2012

Tips Mudah Hamil

Kehamilan merupakan sesuatu proses yang mudah bagi sesetengah orang dan sukar bagi setengah yang lain.
Walaupun begitu, Allah S.W.T menjadikan setiap sesuatu itu bersebab dan ada SunnatullahNya. Jadi usaha yang BERTERUSAN dan BETUL diperlukan bagi memastikan kehamilan isteri.
Antara tips yang perlu diambil kira ialah:
  • Kesihatan Suami – Suami hendaklah berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan sperma perlulah subur. Kesuburan sperma ini boleh berlaku secara semulajadi atau kadang-kadang boleh ditingkatkan dengan amalan pemakanan herba dan ubatan moden. Merokok juga boleh menjejaskan kesuburan sperma. Jadi, berhenti merokok buat seketika semasa tempoh subur isteri.
  • Kesihatan Isteri – Kesihatan tubuh badan isteri juga menjadi faktor penentu. Tubuh yang sihat akan menghasilkan telur yang berkualiti. Kualiti telur ini boleh berlaku secara semulajadi dan juga boleh ditingkatkan dengan amalan makanan kesihatan seperti herba dan ubatan moden.
  • Waktu Subur – Anda perlu kaji dan tahu bila waktu subur yang menghasilkan telur oleh isteri. Jika ragu-ragu, boleh tetapkan jangkamasa subur selama 3 hingga 5 hari untuk anda aktifkan aktiviti jimak.
  • Posisi Seks – Antara posisi persetubuhan yang panas bagi mereka yang sukar hamil ialah masuk dari belakang.
  • Kekerapan Seks – Faktor ini antara penentu kejayaan usaha anda. Lakukan hubungan suami isteri sekerap mungkin dalam waktu subur khusus untuk memastikan isteri anda hamil dan sperma anda sampai ke telur isteri. Kekerapan melakukan seks ini ada kaedah KHAS yang tidak sesuai didedahkan secara umum di sini memandangkan blog ini boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. 
  • Kerjasama – Usaha tanpa kerjasama erat, mesra dan utuh antara suami dan isteri boleh menggagalkan impian ini. Jadi pastikan anda dan pasangan mampu berkomunikasi, berbincang dan merancang dengan baik sepanjang tempoh kesuburan ini.
Walau semahal atau sehebat manapun ubat dan herba yang digunakan untuk hamil tetapi tanpa disertakan usaha yang betul dan mengharapkan 100% pada keberkesanan ubat maka sudah tentu hasilnya ialah kegagalan. 

Seperti tips yang ditunjukkan di atas, hanya 2 tip pertama sahaja melibatkan pemakanan ubat/herba dan selebihnya ialah faktor perancangan dan persefahaman antara suami isteri.
Yakinlah yang usaha berterusan, doa bersungguh-sungguh dan tawakkal sepenuhnya kepada Pencipta akan menghasilkan keputusan positif di masa hadapan.

Monday, December 10, 2012

# 1 ROSELLA BUNGA TIMBUL - SS


Assalamualaikum....

Berminat untuk pembelian dan pertanyaan, sila hubungi 
013-606 3136  
PM Ella Suhaila di FB 
dan
 Like Fan Page FB di 
http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Collection4u



Stok adalah terhad. Siapa cepat die dapat :p




KOD=R1003

STATUS=AVAILABLE 

HARGA =RM 150 + FREE POSTAGE

- material kain ROSELLA (TAK PERLU LINING)

- BIDANG 60' 3.5 meter

- SULAM BUNGA TIMBUL di depan dan lengan baju




KOD=R1011


STATUS=AVAILABLE 

HARGA =RM 150 + FREE POSTAGE

- material kain ROSELLA (TAK PERLU LINING)

- BIDANG 60' 3.5 meter

- SULAM BUNGA TIMBUL di depan dan lengan baju






KOD=R1005

STATUS=AVAILABLE 

HARGA =RM 150 + FREE POSTAGE

- material kain ROSELLA (TAK PERLU LINING)

- BIDANG 60' 3.5 meter

- SULAM BUNGA TIMBUL di depan dan lengan baju




KOD=R1005

STATUS=AVAILABLE 

HARGA =RM 150 + FREE POSTAGE

- material kain ROSELLA (TAK PERLU LINING)
BIDANG 60' 3.5 meter
- SULAM BUNGA TIMBUL di depan dan lengan baju






*PENGHANTARAN AKAN DIBUAT SLPS PEMBAYARAN (BANK IN) DIBUAT. 




KAIN DIHANTAR SECARA POS LAJU. 




CARA PEMBAYARAN: Bank Transfer/ATM Transfer/Cash Deposit Machine ke akaun MAYBANK 



semua hanya dihujung jari anda...




TQ




Sunday, December 9, 2012

Cabaran Penyusuan : Susu Tak Cukup Di Awal Kelahiran?

Ramai yang mengeluh bahawa mereka tidak dapat menyusukan bayi mereka disebabkan masalah kekurangan susu katanya. Antara pertanyaan yang sering saya temui “Susu badan saya tak ada, baby asyik menangis je sebab macam tak puas menyusu. Dan akhirnya ada yang memilih untuk memberi bayi mereka susu formula. Sedihkan bila terjadi macam ni.

Ada 2 perkara yang nak Ella nak kongsikan di sini iaitu :
1. Perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar biji guli (kacang peas) 5 – 7ml.
2.Badan ibu perlukan masa 3-5 hari untuk mulakan penghasilan susu. Pada awal kelahiran kolustrum yang akan keluar di mana cecair ini agak kuning dan likat.
Disebabkan perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar biji guli / kacang peas,jadi bayi hanya memerlukan lebih kurang 60 – 100ml susu dalam tempoh 24 jam pertama kelahiran. dan purata pengambilan kolustrum ini dalam tempoh 24 jam hanyalah 37 ml, sangat sedikitkan? sesuailah dengan saiz perut bayi dan organ dalamannya seperti buah pinggang yang masih belum  matang. 

So, ibu-ibu tak perlu risau atau mengeluh jika tak cukup susu, kerana itu bukan masalahnya. Cara terbaik untuk terus menghasilkan susu ialah dengan memberi bayi anda direct feeding sekerap mungkin. 

Bayi yang baru lahir kadang-kadang mereka menangis bukanlah disebabkan mereka tidak cukup susu sahaja, mungkin ada faktor-faktor lain seperti lampin basah, perut tidak selesa, ingin tidur atau pun mahukan perhatian dari anda. 

Jadi, ibu-ibu di luar sana anda tak perlu risau jika kuantiti kolustrum yang dihasilkan pada awal kelahiran sedikit. Ia mencukupi untuk bayi anda. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi  minum bayi anda sekerap mungkin melalui payudara. Yang penting setiap ibu harus yakin bahawa mereka semua boleh menyusukan bayi mereka, elakkan sama sekali penggunaan botol susu di awal kelahiran, kerana penggunaan botol susu akan mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi.

Dan TIPS TERPENTING BERI BAYI ANDA MENYUSU SEKERAP MUNGKIN DARI PAYUDARA ANDA, SEMAKIN KERAP BAYI MENYUSU, SEMAKIN BANYAK SUSU YANG DIHASILKAN .
Mudah-mudahan info ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu di awal kelahiran. Kerana sebenarnya, semua ibu mampu untuk menyusukan anak mereka. Dan tempoh awal kelahiran adalah tempoh genting. 

Sekiranya ibu berjaya menyusukan anak mereka dalam tempoh ini, Insya Allah perjalanan penyusuan anda akan lebih mudah. Dan percayalah anda akan dapat menikmati hasilnya nanti!

Hubungi saya jika anda perlukan konsultasi percuma tentang penyusuan atau informasi lanjut tentang produk penyusuan. 

Info Dan Pesanan :
H/P : 013-6063136 ~ Ella Suhaila
Shaklee ID : 874812



credit to Mamanaim