Penyakit pening kepala sering dialami oleh setiap dari kita . Sekarang
ni, yang muda pun ramai dah mengalami sakit pening yang
serius. Korang pun mesti pernah kena,kan? Melainkan korang memang jenis
menjaga pemakanan, jenis cool bila berfikir dan mempunyai persekitaran
yang sangat menenangkan, bak kata orang 'kau ni macam xde masalah !' -
seumur hidup (ada ke?). Wallahualam. Tapi demam, hampir semua pernah
mengalaminya, dan jika makin demam, tak boleh elak, memang akan pening
sedikit. Jadi melalui pembacaan di internet yg pernah Ella baca, dititipkan sedikit perkongsian untuk kalian.
Yang selalu pening tu, elok baca tau!
Sebab atau Punca Pening:
Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]
Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:
Mengikat Serban -
Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang
mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada
dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang
dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat
atau kurang bercakap saja sudah sembuh.
Merawat dengan Inai -
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur
luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain
itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga
merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat
mata bisul.
Merawat dengan Berbekam-
Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.
Penjagaan pemakanan -
Penjagaan pemakann yang baik akan dapat mengelakkan sakit kepala. Elakkan makanan segera. Dapatkan supplement untuk membantu kesihatan anda.
__________
Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]
__________
Sila ikut nasihat dari doktor jika sudah mendapatkan ubat dan rawatan.
Jangan sesekali 'skip' makan ubat dan jangan terlalu mendedahkan diri
dengan tekanan persekitaran (belajar, kerja,keluarga) dan keadaan yang
terlalu panas. Cuba berfikiran positif (cuba ok!), bersangka baik dengan
orang lain dan menjaga waktu tidur, insyaallah, kesihatan korang akan
bertambah baik. Sila jaga diri korang baik-baik, jika korang tak jaga
diri korang,siapa lagi, bukan ? Mari kita sama-sama sihat,
yeah!Insyaallah..
Jika korang nak dapatkan supplement untuk membantu merawat sakit kepala/migrain...boleh la cuba ikhtiar dgn supplement Shaklee. Nak dapatkan kat mana??..jangan risau boleh order dgn Ella ye...:)
Just call/sms 013-6063136 untuk pembelian..next entri nanti Ella akan maklumkan pasal Set Migrain ye...tunggu k :)
No comments:
Post a Comment