Ada lagi tips yang Ella nak syer tuk Mommies2 ....
Beberapa perkara yang boleh mencuakkan kita semasa menyusukan anak.
Kadang- kadang bila perkara- perkara ni terjadi, kita jadi panik, betul tak? Lebih-
lebih lagi bila orang sekeliling pun cakap 'its not normal.' Tapikan, memang banyak tau cabaran nak menyusukan anak sampai 2 tahun
ni, tapi insya-Allah, semuanya berbaloi- baloi :)
Meh Ella share 4 perkara yang mencuakkan tu, dan kenapa ia normal. Sebelum tu, jemput juga baca entry sebelum nie - http://macammacamcollection4u.blogspot.com/2013/02/tips-breastfeeding-5-perkara-asas-yang.html , yang memang tak boleh tinggal untuk memastikan penyusuan ibu selama 2 tahun berjaya.
1. Susu sikit masa baby baru lahir
Ella sendiri tak nampak pun susu masa babyku Nurzafirah Al Zahra baru lahir. Memang takda pancut- pancut susu lah. Susu mmg ade tapi tak sampai pancut2 tue. Seminggu gak cemtu kalau tak salah. Normal je tu. Sebab masa baby baru lahir, perut baby ni besar kacang je. Jadi dia tak lah perlukan banyak susu pun. Cenonet pun cukup dah. Just breastfeed the baby bila dia nak menyusu. Nanti as times goes by, mula lah susu memancut-mancut sampai naik bengkak & nak demam pulak kita ni
2. Kerap minta susu
Masa baby Nurzafirah Al Zahra dalam pantang, baby tak sleep like a baby. Asyik menyusuuuuu ajer. Boleh kata every 30 minutes kot, siang malam! Kenapa normal? Sebab susu ibu ni mudah hadam. Bila mudah sangat hadam, baby cepat jadi kenyang. Bila cepat kenyang, baby cepat lapar balik. Itu yang kerap minta susu. Bukan sebab susu tak cukup. Tapi susu formula memang susah nak dihadam oleh usus baby. Ambil masa berjam- jam. Jadi bila ambil masa, baby pun taklah kerap minta susu
3. Tak poo poo 3 hari
Susu ibu ni mudah hadam & semulajadi. Semua khasiat diserap masuk dalam tubuh baby. Unless 10 hari tak poo poo, baru boleh risau. Cam babyku dalam pantang pernah seminggu gak la die tak poo poo.Berbeza dengan susu formula yg tak semulajadi, susu formula banyak bahan kimia, jadi memang wajar kalau baby tu minum susu formula dan poo poo setiap hari. Dia kena buang bahan2 kimia yang tak serasi dengan sistem usus dia yang baru develop tu
4. Berat anak tak ikut chart
Tahukah anda, chart berat tu ditentukan based on baby yang minum susu formula? Jadi kalau anak anda fully breastfeed dan berat anak bawah yellow line, jangan risau-risau. Janji anak sihat, aktif, semua adalah ok.
Ok cukup 4 point setakat ni. Kalau anda ada kerisauan tentang isu breastfeed baby, boleh hubungiku @ 013-6063136. Calling- calling lebih convenient so that takda missunderstand berbanding typing SMS/PM Facebook ;)
Anda berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee?
Jom
Hubungiku sekarang!
SMS/Call @ 013-6063136 (Ella)
Email: suhaila926@gmail.com
Shaklee ID: 874812
Email: suhaila926@gmail.com
Shaklee ID: 874812
No comments:
Post a Comment