Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebelum nie aku ade wat entry pasal nak susukan baby secara exclusif kan n sehingga 2 thn la insyaallah jika diizinkan oleh allah swt.. bleh baca entry sebelum nie http://macammacamcollection4u.blogspot.com/2012/09/alhamdulillah.html
Alhamdulillah sampai sekarang dah 4 bulan 22 hari usia babyku n still aku dapat susukannya.
So kat sini Ella nak syer sikit beberapa tips untuk ibu2 yang sedang mencari info2 pasal penyusuan susu ibu nie bagi si comel anda. Harapan Ella agar tips yang dishare nie, sedikit sebanyak dapatlah membantu kan.
=================================================================================
Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Pasti semua ibu menyimpan hasrat menyusukan sendiri selama mana yang boleh. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tips ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
Biasanya bila bersalin terutama di hospital swasta mereka akan menjaga bayi kita sehingga kita keluar wad. Maka pesan awal-awal pada mereka yang anda mahu menyusukan bayi dan mereka akan menghantar bayi untuk di susukan setiap 2 jam biasanya.
- Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
- Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
- Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
- Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
- Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
- Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
- Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
- Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
- Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
- Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
- Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
- Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak
- Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.
Selamat menyusukan sicomel anda dengan gembira. Moga usaha kita untuk memberi 100% susu ibu buat si kecil berjaya, amin...
P/s: lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang terhasil.
No comments:
Post a Comment